Penghantaran: Kami sentiasa berusaha untuk menghantar semua produk dalam Malaysia dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja selepas menerima pesanan anda. Semua penghantaran akan ditujukan ke alamat yang telah anda nyatakan dalam pesanan. Semua penghantaran mesti ditandatangani dan anda akan bertanggungjawab terhadap produk tersebut sebaik sahaja ia diterima. Anda berhak sepenuhnya ke atas produk sebaik sahaja kami menerima pembayaran. Semua barang akan dihantar dalam keadaan baik. Sila semak pakej semasa diterima sebelum menandatangani resit. Perkhidmatan kurier tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan barang-barang tersebut selepas anda menandatangani borang penerimaan penghantaran. Sekiranya anda memberi kami alamat penghantaran yang salah dan barang anda ditandatangani oleh pihak lain, atau hilang semasa penghantaran, CLEAR HERBS SDN BHD tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang anda alami.
Pembayaran: Proses bayaran boleh dilakukan secara perbankan atas talian, atau melalui Cash on Delivery (COD).
Imej Produk & Warna: Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada produk sebenar. Warna mungkin berbeza apabila dipaparkan pada skrin komputer yang berbeza. Sesetengah produk mungkin mempunyai imej atau foto yang sama. Ini hanya untuk tujuan rujukan sahaja dan harus dianggap sebagai ilustrasi. Aduan terhadap imej produk dan perbezaan warna tidak akan dilayan.
Kesalahan Tipografi: Sekiranya sesuatu produk disenaraikan pada harga yang tidak betul atau dengan maklumat yang salah disebabkan ralat atau kesilapan tipografi, kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan anda. Jika kad kredit anda telah dicaj untuk pembelian dan pesanan anda dibatalkan, kami akan memulanglan semula kredit ke akaun anda dengan jumlah caj yang telah dibayar.
Kami boleh mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis kepada anda.
© 2022 By Clear Herbs Sdn Bhd